TENAGA ALTERNATIF/HIJAU
Baru-baru ini Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa
Malaysia akanmenggunakan tenaga nuklear sebagai penjana tenaga elektrik negara.
Dengan itu, KementerianTenaga, Teknologi Hijau dan Air telah diminta mengenal
pasti lokasi pembinaan loji nuklear negara pertama.
Loji ini dijangka
mula beroperasi pada tahun 2021. Tenaga nuklear dipilih kerana ia dianggap
"effisien dan efektif" apatah lagi dalam keadaan dunia masa kini
yang menunjukkan bahawa penggunaan petroleum dan arang batu untuk menjana
elektrik negarasebagai tidak lagi sesuai kerana kenaikan harga kedua-dua sumber
tersebut dan juga tekananterhadap alam sekitar akibat penggunaan bahan api
fosil tersebut.Malah, di peringkat serantau juga, penggunaan tenaga nuklear
semakin menjadi pilihan.Misalnya, negara Thailand, Vietnam dan Indonesia juga
sudah mulai menuju ke arah penghasilan tenaga elektrik berasaskan tenaga
nuklear. Thailand dijangkakan mula menggunakan tenaga nuklear menjelang tahun
2012, Vietnam pada tahun 2018 dan Indonesia pada tahun 2016.Berdasarkan
perkembangan ini maka jelas bahawa penggunaan tenaga nuklear
dalam penghasilan tenaga elektrik semakin mendapat perhatian.Selanjutnya,
bagi menjayakan rancangan penggunaan tenaga nuklear ini, Perdana
MenteriMalaysia telah menjemput masyarakat awam untuk sama-sama menyumbangkan
pandanganterhadap rancangan ini.
Oleh itu sewajarnyalah masyarakat awam
menyuarakan pandangan mereka terhadap rancangan penggunaan tenaga nuklear ini.
Namun, sebelum memberikan pandangan, seeloknyalah mereka melengkapkan diri
dengan pengetahuan tentang baik-buruk penggunaan tenaga nuklear.Dari
segi kebaikan, terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk
menghasilkanelektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga
dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding
penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum
dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahanutama logi tenaga
nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama
yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak
tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa
million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik
kerana bahan api fosil semakin berkurangan.
Tenaga nuklear juga dikatakan sangat
mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik denganmenggunakan tenaga nuklear tidak
akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan
membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon,methane, ozon dan CFC
semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini,
ia akan membantumengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi
nuklear juga tidak memerlukankawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang,
tenaga nuklear akan menghasilkan tenagaelektrik yang lebih murah kerana kos
operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna.Di
sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa keburukan
penggunaan tenaganuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh
memberi kesan tidak baik kepadakesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear
menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahayakepada tubuh badan manusia
kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahanradioaktif yang
terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga
nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi.
Bahan radioaktif ini, jikadilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu
jangka masa yang lama sebelum iamencecah tahap selamat kepada manusia.
Tenaga
nuklear bergantung kepada bahan uranium.Uranium dikategorikan sebagai bahan api
tidak boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum
dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapiia
juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada
satu masa nanti.Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga
nuklear ialah risikokemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini
berlaku, masalahnya sangat besar dankesannya akan mengambil masa yang panjang
untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada
April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini
merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah
membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa
pengeboman Bandar Hiroshima.Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian
Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah,daerah-daerah Scandinavia,
British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasiteruk berlaku
di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih
daripada336,000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Satu
laporan yang disediakanoleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World
Health Organization (WHO),menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta.
Manakala, dianggarkan dalam 6.6 jutaorang yang telah terdedah kepada radiasi
letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan matiakibat pelbagai jenis
penyakit kanser.Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk
disalahgunakan bagi tujuan keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manipulasi
bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi diserang atau diambil
alih oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalankeselamatan yang sangat ketat
amat diperlukan.Berdasarkan penjelasan ini, nyata bahawa terdapat banyak
cabaran yang perlu diambil kira jikatenaga nuklear ingin digunakan. Walaupun
penggunaan tenaga nuklear punya beberapa faedah,namun timbangan baik-buruknya
harus dilakukan sebaik, seadil dan secara sangat terperinci
agar implementasi rancangan ini tidak membawa mudarat sama ada kepada
manusia mahupun alam secara keseluruhan.
Dalam pandangan hidup Islam, terdapat
satu prinsip penting yang menyatakan bahawa "ditegah untuk membuat sesuatu
usaha melainkan setelah mengenal syarat-syaratnya". Bagi menjelaskanlagi
perkara ini Dr. Mohd Sani Badron dalam kertas kerja beliau yang bertajuk"Kewajipan Menguasai
Sains: FarduµAynkahatau FarduKifayah?"menyebut bahawa "[satu] contoh yang pernah dikemukakan
oleh al-Khawarizmi dalamMubid
al-Humum wa Mufid al-µUlum
, ialah dicegah menjalankan
perniagaan melainkan sesudah mempelajari kaifiat dan syarat-syaratmu'amalat
bagi seseorang peniaga". Tambah beliau lagi "[hal] ini dilaksanakan
Saidina Umar dalam sistem pendidikannya sehingga tiadalah berniaga di
pasar kaum Muslim melainkanmereka yang memahami perniagaan berlandaskan Islam
hingga tidak lagi keliru mengenai sebarang perkara yang boleh menerbitkan
penindasan terhadap golongan pembeli seperti riba."Dengan itu, secara
mudahnya, dapat kita sebutkan bahawa, berdasarkan prinsip yang disebutkandi
atas, setiap daripada kita adalah dilarang melakukan sesuatu melainkan kita
telah benar-benar memiliki ilmu berkaitan dengan perkara yang ingin
dilakukan itu. Sebagai contoh, jika kita inginmenjadi tukang jahit, maka
sebelum menjadi tukang jahit, segala ilmu berkaitan dengannyawajiblah diperoleh
terlebih dahulu sebelum memulakan kerjaya ini. Ketetapan ini sememangnya amatlah
wajar bagi mengelakkan si tukang jahit merosakkan tempahan baju yang
dihantar pelanggan. Samalah halnya dalam isu tenaga nuklear ini.
Sebelum implementasi program inihendak dilaksanakan maka segala bentuk maklumat
tentang baik-buruknya untuk negara dan masyarakat Malaysia wajiblah dikaji
sedalam-dalamnya.Selain daripada prinsip yang disebutkan ini, di dalam al-Quran
kita telah diingatkan bahawa,
"...janganlah kamu sengaja
mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan,
dan baikilah perbuatan kamu kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki
amalannya."
(Surah al-Baqarah, 2:195). Dengan paparan ayat ini maka dapat
kitasimpulkan, dalam kes si tukang jahit sebentar tadi, bahawa jika tidak tahu
ilmu jahitan, maka janganlah berani menceburkan diri dalam bidang itu. Ini
kerana, kedegilan untuk menceburi bidang itu akan menyebabkan si tukang
jahit ditimpa malang kerana mungkin dimarahi pelanggan kerana gagal
menyiapkan tempahan atau merosakkan tempahan yang dihantar.Bukankah ini hanya
membinasakan diri si tukang jahit tersebut? Dalam isu tenaga nuklear
ini pula, jika kemudaratan program ini jelas maka seeloknyalah ia
ditangguh atau dicari alternatif yang
lain.
Berkaitan dengan alternatif, sememangnya terdapat alternatif atau
pilihan lain dalammenghasilkan tenaga elektrik. Sebagai contoh, tenaga yang
dinamakan sebagai tenaga gantian.Amnya, tenaga gantian ini membawa maksud
sumber tenaga yang tidak berasaskan pembakaran bahan fosil atau pemecahan
atom. Sekurang-kurangnya terdapat lima bentuk tenaga gantian dalam dunia. Tenaga
tersebut adalah tenaga suria, angin, geotermal, ombak dan hidroelektrik.Tenaga
gantian ini juga dikenali sebagai tenaga hijau iaitu melibatkan manipulasi alam
untuk menjana tenaga elektrik.Bagi menggantikan tenaga nuklear, sebaik
mungkin dijalankan kajian untuk melihat kebolehgunaan tenaga gantian ini sebagai
tenaga penjana elektrik negara. Jika ini berjaya dilakukan maka barulah boleh
diakui "Malaysia sebagai pelopor revolusi bumi hijau." Jika
usaha,tenaga dan wang ringgit boleh digunakan untuk mengkaji kebolehgunaan
tenaga nuklear makausaha, tenaga dan wang ringgit yang sama juga seharusnya
ditumpahkan untuk menghasilkantenaga hijau. Ini kerana, sebagaimana petroleum
dan arang batu boleh mencapai tahap sukar didapati (scarce) maka begitu
jugalah uranium pada satu masa nanti. Oleh itu, hendak atau tidak,akan tiba
masanya manusia terpaksa bergantung kepata tenaga gantian. Jadi, kenapa tunggu
nanti?Usaha ke arah itu seharusnya dilaksanakan sekarang!
No comments:
Post a Comment
~ JUST LEAVE UR KOMEN PLIZ.. ~