SEK .MEN .KEB
KAMUNTING
|
TAJUK :
KERJAYA PELAJAR TINGAKATAN 6 SELEPAS
MENAMATKAN
STPM..
|
NAMA AHLI :
MUHAMAD AZHAM BIN NOOR AZMI
NORSOBAH BT SHUIB
NOR FAATIHAH BT ABDUL RAHIM
NUR INSYIRAH BT JAAAFAR
NAMA GURU PENYELIA : MISS SUZANNE MARIE LOUIS A/P
MASALAMANY
penghargaan
|
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu kami ingin memanjatkan
kesyukuran kepada Illahi kerana telah mengurniakan kami kesihatan yang baik
sepanjang menyiapkan tugasan kolokium sessi 2012 kali ini .
Di samping itu juga kami ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua Kanan Smk
Kamunting iaitu Tn Hj Harithuddin b. Satari kerana memberi kebenaran kepada
kami untuk menjalankan kajian di luar waktu persekolahan .
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada guru penyelia kami iaitu Miss Suzanne Marie a/p Louis Masalamany
yang sentiasa membantu ,memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta nasihat dalam
menyempurnakan kajian ini .
Tidak lupa juga kepada ibu bapa kami yang
banyak membantu ,tidak kira dari segi sokongan moral mahupun sumber kewangan
yang diberikan .Tambahan lagi sentiasa memberi tindak balas dalam setiap
perkara yang kami lakukan .
Selain itu juga kami ingin mengucapkan
terima kasih kepada guru kauseling Smk Kamunting iaitu Cik Masyitah b. Khaled
yang sudi membantu kami untuk melengkapkan kajian malahan memberi sokongan dan
dorongan untuk meneruskan kajian baru kami
Ucapan terima kasih juga kami tujukan
kepada rakan -rakan yang sudi menjadi pihak respoden kami dalam menyempurkan
kajian metadologi ini .Selain itu kami berterima kasih kerana sudi berkongsi
sedikit sebanyak tentang maklumat kajian kami.
Terima kasih daun keladi
Kalau boleh
bimbing kami lagi
|
SENARAI
KANDUNGAN
BIL
|
ISI
KANDUNGAN
|
HALAMAN
|
1
|
Senarai kandungan
|
m/s 1
|
2
|
Penghargaan
|
m/s 2
|
3
|
Pengenalan
1.1
Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 tujuan Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Definisi Operasional
1.8 Rumusan
|
m/s
|
4
|
Kajian
lepas
2.1
Pendahuluan
2.2 Kerjaya dan isu -isu yang
berkaitan
2.3 Kajian lepas mengenai kerjaya
2.4 Rumusan
|
m/s
|
5
|
Metadologi
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka bentuk kajian
3.2.1 Tinjauan Awal
3.2.2 Penyelidikan sebenar
3.3 Populasi dan Persampelan
3.4 skop dan had kajian
3.5 instrument penyelidikan
3.6 Prosedur Pengumpulan Data
3.7 Penganalisian data
3.8 Rumusan
|
m/s
|
6
|
Penganalisian
data & keputusan data
4.1 Pengenalan
4.2 Latar Belakang Responden
4.3 Analisis statistik
4.4 Rumusan
|
m/s
|
7
|
Perbicangan
& cadangan
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan hasil penyelidikan
5.3 Implikasi Kajian
5.4 Cadangan Penyelidikan Lanjutan
5.5 Rumusan
|
m/s
|
8
|
Bibiliografi
6.1 Buku
6.2 Majalah
6.3 Internet
|
m/s
|
9
|
Lampiran
|
m/s
|
PENGENALAN
|
BAB
-1
|
BAB 1
PENGENALAN
1.1 PENDAHULUAN
Kerjaya merupakan
suatu aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan sebagai seorang mansia ,mereka
akan merasakan kepuasan dengan kehidupannya apabila memiliki sesuatu pekerjaan
yang tetap serta terjamin. Malah pekerjaan dapat memperlihatkan status
masyarakat, tahap ekonomi, dan pendapatan. Bekerja bererti seseorang itu mesti
aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan kepada dirinya, orang lain,
dan bidang yang diceburi. Pekerjaan dikatakan mempengaruhi konsep kendiri,
perasaan nilai, kesejahteraan, dan identiti keperibadian seseorang (Muhd.
Mansur dan Siti Nordinar, 1989).
Walaubagaimanapun
pelajar lepasan SPTM haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap kerjaya
setelah menamatkan zaman pesekolahan. Tambahan lagi kesedaran kerjaya merupakan
kesedaran tentang perhubungan antara kendiri dengan pendidikan, mengenali
kelompok pekerjaan serta kemahiran dalam membuat sesuatu pilihan. Oleh itu,
kesedaran kerjaya merupakan pengetahuan tentang konsep kendirinya dan pelbagai
aspek dunia pekerjaan seperti jenis-jenis pekerjaan, persekitaran pekerjaan dan
faedah-faedah yang diperoleh daripada sesuatu pekerjaan.
Dalam menentukan pemilihan terbaik sama ada pilihan
dari segi pelajaran mahupun pekerjaan
ialah suatu proses yang berkembang bertahun-tahun lamanya.Diman tidak terdapat
satu titik atau tanda yang menentukan kerjaya seseorang. Terdapat banyak
halangan yang tertentu boleh menimbulkan paksaan terhadap bidang pilihan pada
masa hadapan dan mempengaruhi pemilihan muktamad sesuatu pekerjaan. Kekeliruan
tentang pemilihan mata pelajaran yang perlu dipelajari akan menimbulkan masalah
kepada pemilihan kerjaya.
Khususnya pelajar tingkatan 6 yang telah menamatkan pelajarannya sering kali menghadapi
masalah dalam membuat pemilihan kerjaya masa hadapan.Antara masalah
yang sering dihadapi oleh mereka ialah tidak dapat membuat keputusan yang tepat
dalam membuat pemilihan kerjaya pada masa hadapan , kurangnya maklumat tentang kerjaya
yang dipilih sehingga menimbulkan keraguan pada diri sendiri malahan tiada
kepastian tentang kerjaya yang dipilih, selain tekanan atau paksaan daripada
ibubapa yang menginginkan anak mereka menuruti kehendak mereka .
Tambahan lagi, sikap
ingin memiliki wang sendiri menyebabkan pelajar tingkatan 6 akan mencari
pekerjaan setelah menamatkan persekolahan.Pekerjaan yang diceburi bergantung
kepada jenis pendidikan, jenis latihan, dan tahap pencapaian yang diperoleh
semasa di sekolah. Terdapat juga pelajar yang tidak tahu memilih dan membuat
keputusan jenis pekerjaan yang akan diceburinya. Pengetahuan yang cetek tentang
pemilihan pekerjaan akan menyebabkan mereka tidak gembira dengan kerjaya yang
dipilih.
Kajian
ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pilihan kerjaya pelajar tingkatan6
selepas menamatkan pelajaran mereka di peringkat STPM .Selain itu juga ,pencapaian
pelajar dalam bidang akademik juga dilihat untuk melihat hubunganya dalam
pemilihan pekerjaan, dengan itu,kajian ini dapat dijadikan sebagai peramal
dalam menentukan hala tuju pelajar tingkatan6selepas menamatkan pelajaran
mereka.
1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kebanyakan pelajar
mempunyai masalah apabila mereka menamatkan pelajaran mereka.sehingga mereka
suka untuk menentukan kerjaya mereka.Mereka sangat mengambil berat tentang
kerjaya yang akan diceburi oleh mereka malah diperingkat STPM ini turut menjadi
platform mereka dalam pembuatan keputusan awal tentang matlamat kerjaya mereka.
Pencapaian dalam bidang akademik
seseorang dianggap sebagai kunci atau faktor utama bagi
menentukan rancangan kerjaya individu sepertimana yang dikehandaki
oleh pendidikan tinggi. Walaupun demikian, keupayaan serta kemampuan asas dalam
akademik individu juga merupakan penentu utama dalam menjayakan sesuatu
pekerjaan. (Muhd. Mansur dan Siti Nordinar, 1993).
Oleh itu, pemilihan kerjaya pelajar tingkatan
6 perlulah diketahui supaya pemilihan kerjaya mereka sesuai dan dapat mengurangkan masalah yang akan bakal
timbul. Hal ini pasti akan membuka minda mereka untuk merancang kerjaya yang bakal
mereka tempuhi apabila tamat persekolahan.
1.3 PENYATAAN MASALAH
Namun
Demikian masih terdapat para pelajar yang kurang berpengetahuan tentang kerjayanya
apabila persekolahan berakhir sakaligus menyebabkan pemilihan kerjaya mereka
tidak sesuai dengan diri mereka. Selain itu terdapat juga remaja yang memilih
pekerjaan tidak sesuai dengan mereka. Hal ini akan mendatangkan pelbagai
implikasi yang negatif seperti tekanan kerja, kebosanan, dan sering
bertukartukar pekerjaan. Keadaan ini sudah tentu akan membawa kesan kepada
keadaan ekonomi remaja dan keluarga.
Pencapaian dalam bidang akademik
pelajar juga mempengaruhi pemilihan kerjaya pelajar.
Dimana pembahagian kelas yang menjurus kepada pencapaian
akademik tanpa mengambil kira
faktor minat dan personaliti boleh mendatangkan tekanan
kepada mereka. Inovasi sistem pendidikan negara untuk mencapai nisbah 60:40
bilangan pelajar sains berbanding pelajar sastera juga merupakan salah satu sebab
pelajar terpaksa belajar di aliran sains walaupun pencapaian akademik mereka
sederhana. Hal ini juga akan mendatangkan masalah kepada pemilihan kerjaya apabila
pencapaian akademik mereka kurang memuaskan.
Pencapaian
akademik pelajar juga dikaitkan dengan jenis-jenis gaya belajar yang
diamalkan oleh setiap pelajar. Gaya belajar yang sesuai
untuk pelajar perlu diketahui supaya dapat membantu mereka untuk mencapai
kejayaan. Kurangnya kesedaran pelajar, ibu bapa, dan guru-guru menyebabkan
mereka tidak dapat merancang pembelajaran secara sistematik.
Oleh
itu, guru dapat mengkaji kekuatan dan kelemahan pengajaran mereka. Jika ketidak
-sepadanan wujud antara gaya pengajaran dan gaya pembelajaran, pelajar-pelajar
akan berasa bosan dan menjadi pasif semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Jadi, fenomena negatif ini perlu diberikan pendedahan kepada guru-guru di
sekolah supaya pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
dan tidak tercicir daripada persekolahan (Shahabuddin Hashim, 2003).
1.4
TUJUAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memenuhi
objektif-objektif berikut:
- Untuk mengetahui ciri-ciri
personaliti yang utama dimiliki oleh pelajar semasa
proses
pemilihan kerjaya.
- Untuk mengetahui jenis-jenis
kerjaya yang dipilih oleh pelajar-pelajar.
- Untuk mengetahui ciri-ciri
personaliti pelajar dalam proses pemilihan kerjaya?
- Untuk melihat hubungan
ciri-ciri personaliti dan gaya belajar dengan pemilihan kerjaya.
- untuk mengetahui sejauhmanakah jantina pelajar yang dapat mengpengaruhi hasil kajian
1.5 PERSOALAN
KAJIAN
- Apakah ciri-ciri
personaliti kerjaya yang dimiliki oleh pelajar tingkatan6?
- Apakah jenis-jenis kerjaya yang
dipilih oleh pelajar?
- Apakah ciri-ciri personaliti
pelajar dalam proses pemilihan kerjaya?
4.
Sejauhmanakah
jantina (perempuan atau lelaki ) mengpengaruhi keputusan kajian yang dijalankan.?
5.
Adakah
perempuan atau lelaki yang lebih mengpengaruhi kepada faktor ibu bapa dan peribadi & minat dalam menentukan
kerjaya?
1.6 KEPENTINGAN
KAJIAN
Hasil
kajian ini dapat digunakan oleh pihak sekolah sebagai panduan yang boleh
menghubungkan jenis-jenis personaliti pelajar dengan
pemilihan kerjaya mereka.Panduan ini boleh digunakan untuk menentukan minat
pekerjaan pelajar sejak awal persekolahan. Oleh yang demikian, pihak sekolah
dapat merancang lebih awal tentang pemilihan kelas berdasarkan personaliti
pelajar dan gaya belajar untuk tujuan perancangan awal pemilihan kerjaya
setelah tamat persekolahan.
Melalui kajian ini juga dapat membantu
pelajar lepasan tingkatan 6 mengetahui sama ada faktor pesonaliti atau gaya
pembelajaran mempunyai kaitan dalam pemilihan kerjaya mereka selepas menamatkan
pembelajaran di tingkatan6.
Selain itu para guru juga dapat mengetahui
jenis-jenis personaliti pelajar dan kaitannya dengan pemilihan kerjaya pelajar.
Manakala gaya pembelajaran pula sangat penting kepada guru dan pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Gaya pembelajaran akan mempengaruhi
pencapaian akademik yang seterusnya memerlukan pelajar-pelajar mengetahui
jenis-jenis gaya pembelajaran yang mereka amalkan untuk memperolehi
kecemerlangan.
Kajian ini juga berguna kepada pihak kauselor
sekolah kerana dapat menentukan
ciri-ciri pesonaliti pelajar dan kaitannya dengan pemilihan
kerjaya.oleh itu,kesedaran kerjaya pelajar dapat diterapkan lebih awal dan akan
memboleh kan pelajar merancang kerjaya mereka senjak zaman persekolahan.
Kajian ini juga boleh digunakan sebagai
panduan oleh pihak kementerian pendidikan
untuk menentukan pakej-pakej penkhususan bidang atau
mata-mata pelajaran tertentu di sekolah .Hal ini dilaksanakan mengikut
kesesuaian personaliti pelajar dengan aliran yang sesuai dengan mereka.Secara
tidak langsung boleh digunakan dalam pelajaran yang diajar dengan ciri-ciri
pesonaliti dan minat pelajar yang mefokuskan kepada aspek kerjaya selepas
pelajar tamat zaman persekolahan.
1.7 DEFINISI OPERASIONAL
KERJAYA
- Kerjaya = Kerja + Minat + Kepuasan
–> untuk berjaya dalam kerjaya kita perlu buat kerja dengan
ada minat yang tinggi dan sepenuh hati yang mana akhirnya kita sendiri
akan puas dengan apa yang dilakukan serta hasilnya
- Kerjaya - satu rangkaian pekerjaan yang melibatkan diri seorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu yang lain mungkin akan bertukar-tukar silih berganti
Pelajar Tingkatan 6
Pelajar tingkatan6 dalam penyelidikan ini
merujuk kepada pelajar lelaki & perempuan
yang akan menentukan kerjaya mereka selepas
menamatkan pembelajaran di tingkatan6.
1.8 RUMUSAN
Bab 1 ini telah menjelaskan secara menyeluruh
latar belakang penyelidikan.Tinjauan literatur dimuatkan di bab 2, sementara
kaedah penyelidikan di bab 3. Di bab 4 pula dibentangkan hasil analisis data
dan bab 5 berikutnya dikemukakan rumusan terhadap keseluruhan penyelidikan.
Cadangan cadanganuntuk memperbaiki mutu penyelidikan turut dikemukakan dalam
bab tersebut.
kAjIaN LePaS
|
BAB
- 2
KAJIAN
LEPAS
BAB
2
KAJIAN
LEPAS / TINJAUAN LITERATUR
2.1
PENDAHULUAN
Kejayaan yang terjamin
mampu melahirkan generasi yang kreatif
dan inovatif.Setakat ini,masih belum ada kajian khusus yang dibuat tentang
kerjaya dan masa depan pelajar di Tingkatan
Enam.Kerjaya yang ditawarkan dan peluang yang luas amat penting bagi
pelajar lepasan terutamanya STPM dalam menentukan hala tuju hidup lepasan
Tingkatan Enam.Oleh itu,kerjaya dan peluang yang ditawarkan kepada lepasan STPM
penting untuk memastikan masa depan pelajar Tingkatan Enam tidak diabaikan dan
seterusnya mampu menarik minat pelajar lepasan SPM untuk memilih Tingkatan Enam
sebagai destinasi untuk melanjutkan pelajaran.
2.2
KERJAYA DAN ISU-ISU BERKAITAN
Keperluan individu
untuk pendidikan pada peringkat selanjutnya merupakan satu keputusan yang
berlanjutan pada setiap pendidikan di dalam system pendidikan.Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga ,kerjaya ialah perjalanan atau kemajuan seseorang dalam
sesuatu lapangan – Churchill iaitu bekas Perdana Menteri England.Menurut Kamus
Dewan Edisi Ketiga juga,kerjaya ialah profesion atau pekerjaan yang dipilih
sebagai cara mencari nafkah.Kerjaya dan pelajar lepasan STPM,IPTA,IPTS dan
sebagainya tidak dapat lari daripada memikirkan kerjaya dan peluang masa depan
mereka untuk mendapatkan pekerjaan dan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi.Menurut Kamus Zaman (Siti Nordihan Ismail,BA.Hons ),kerjaya juga
dikatakan sebagai perkembangan dan kemajuan serta cara mencari
kehidupan.Kerjaya yang memenuhi minat lepasan pelajar amat penting kerana
kerjaya yang diminati dan diperoleh jika setimpal dengan kelulusan,ia dapat
member galakan dan sokongan kepada lepasan pelajar terutamanya pelajar STPM
untuk lebih berdaya saing,proaktif,inovatif,dan berinisiatif tinggi dalam
melakukan pekerjaan masing-masing.
2.3
KAJIAN LEPAS MENGENAI KERJAYA
Majlis Tindakan Ekonomi Negara
(MTEN) dalam kajiannya mendapati 4,000 graduan gagal mendapatkan pekerjaan
untuk tempoh suku pertama tahun 2002.Ia juga menunjukkan sebanyak 94 peratus daripada
24,728 siswazah lepasan IPT di Negara ini telah mendaftar untuk mengikuti Skim
Siswazah Menganggur (SSM) merupakan golongan Bumiputera sementara 3.7 peratus
adalah kaum Cina dan 1.6 peratus kaum India.Daripada jumlah ini,siswazah
jurusan sastera adalah tertinggi iaitu 31.1 peratus, diikuti siswazah ekonomi
(11.3 peratus), perakuanan (9.2), pentadbiran perniagaan (8.8 peratus), dan
pendidikan Islam (8.6peratus). Kajian ini juga menunjukkan punca utama ramai
siswazah Bumiputera menganggur adalah disebabkan mereka memilih jurusan sastera
ataupun kursus yang tidak diperlukan oleh pasaran kerja. Selain itu, kegagalan
untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan oleh keputusan peperiksaan yang kurang
cemerlang dan tahap penguasaan bahasa Inggeris yang rendah.
Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga 2001-2010 (RRJP3) yang
dikeluarkan oleh kerajaan menunjukkan tenaga buruh yang mendapat pendidikan di
peringkat tinggi meningkat daripada 8.8 peratus pada tahun 1990 kepada 14 peratus
pada tahun 2000 dan dijangka meningkat kepada 35 peratus pada tahun 2010.Dari
segi jantina,kadar penglibatan tenaga buruh lelaki lebih tinggi berbanding
wanita.Pada tahun 1990, tenaga buruh lelaki adalah sebanyak 85.6 peratus berbanding wanita iaitu 44.1 peratus.Pada
tahun 2000,tenaga buruh lelaki sebanyak 85.4 peratus sementara tenaga buruh
wanita sebanyak 44.5 peratus.Pada tahun 2010,tenaga buruh lelaki dijangka
mencecah jumlah 86.4 peratus dan tenaga buruh wanita mencapai 49.0 peratus (
Mohd Yahya & Roseliza Murni 2002).
Laporan RRJP3 yang dikeluarkan pada
tahun 2001 menunjukkan kadar pengangguran pada tahun 2010 dijangka pada paras
yang rendah iaitu 2.5 peratus. Kadar ini menunjukkan yang paling rendah
berbanding sebelumnya.Sumber Jabatan Statistik menunjukkan sehingga Mac
2004,terdapat 66,300 siswazah yang menganggur iaitu 41,600 pemegang diploma dan
24,800 lulusan ijazah sarjana muda.Daripada jumlah itu,48,100 adalah
Bumiputera,10,700 Cina,7,300 India dan 300 kaum lain.
Satu kajian yang dijalankan
oleh Rohani Jani (2001) untuk siswazah dn kesemua fakulti di UM, mendapati
Fakulti Sastera & Sains Sosial (FSSS) dikaitkan dengan kadar pengangguran
yang agak tinggi iaitu 30 peratus berbanding fakulti lain yang berteraskan
sains dan teknologi.Sebanyak 49 peratus siswazah Sarjana Muda Sastera telah
bekerja.Kajian ini mendapati 38 peratus bekerja di sektor swasta,26.3 peratus
bekerja tetap manakala 14 peratus bekerja sementara.Kajian juga menunjukkan
siswazah Jabatan Pengajian Media yang belum bekerja adalah 19.6
peratus,Geografi (15.1 peratus),dan Antropologi dan Sosiologi (11.0 peratus).
Dalam satu kajian lain oleh
Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2000 menunjukkan 89.4 peratus di
kalangan majikan menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan kemahiran dan
prestasi para graduan diploma universiti itu.Kajian ini mendapati 81 peratus
daripada majikan menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan graduan UiTM yang
lulus di peringkat sarjana muda manakala 73.4 peratus mempunyai pandangan yang
sama bagi lulusan di peringkat diploma.Kajian yang melibatkan graduan yang
tamat pengajian di sepanjang tempoh 1990 hingga 1999 bertujuan untuk mengetahui
kepuasan majikan serta mendapatkan maklum balas mereka mengenai mutu kerja
graduan UiTM berbanding graduan IPT lain.
Kajian Norhslina Hassan,Mohd Yahya dan
Mardina (2005) menunjukkan 78.6 peratus siswazah FSSS ,UM telah mendapat
pekerjaan selepas satu setengah tahun menamatkan pengajian
masing-masing.Daripada jumlah itu,mereka yang bekerja tetap berjumlah 51
peratus,kontrak (9 peratus),sementara(14 peratus), sandaran (15
peratus),sangkutan (6 peratus) dan sambilan (5 peratus).Dari segi
pengangguran,siswazah yang masih belum bekerja majoriti adalah Melayu iaitu
60.1 peratus,manakala Cina hanya berjumlah 24.2 peratus,diikuti India (13.1
peratus) dan lain-lain (2.6 peratus).
Maklumat Kementerian Sumber
Manusia (2002) menunjukkan sebahagian besar daripada 14,284 orang iaitu
kira-kira 8,000 siswazah menganggur dan lebih 6,000 pekerja yang diberhentikan
kerja berikutan kegawatan ekonomi telah ditawarkan pekerjaan sebelum tamat
menjalani program latihan semula yang dianjurkan oleh Pembangunan Sumber
Manusia Berhad (PSMB).Kesemua mereka telah menjalani latihan di PSMB mulai
November 2001 dan latihan itu memberi penekanan terhadap teknologi maklumat dan
komunikasi serta bertujuan melahirkan pekerja yang berkemahiran tinggi,terlatih
dan berpengalaman.Dari bulan November 2001 hingga Jun 2002,sebanyak RM106 juta
telah diluluskan oleh pihak Kementerian untuk membiayai latihan pelatih-pelatih tersebut .
Tony Kryger (1999) yang melakukan
kajian di Australia bertajuk “ The Risk of Unemployment” mendapati adalah
menjadi kebiasaan remaja yang kurang berpendidikan, yang tinggal di pendalaman,kemahira
bahasa Inggeris yang terhad serta yang lahir di Negara yang tidak menggunakan
bahasa Inggeris dengan meluas secara relatifnya
mempunyai kadar pengangguran yang tinggi.Mereka yang berasal dari
Australia dan dari negara berbahasa Inggeris mempunyai kadar pengangguran yang
lebih rendah iaitu 7.9 peratus dan 7.4 peratus berbanding mereka yang tinggal
dari negara yang bukan menggunakan bahasa Inggeris .Dalam satu kajian oleh Institute of
Employment Research, University of Warwick (1999) mendapati bahawa selepas tiga setengah tahun memperoleh
ijazah,hanya 2 peratus siswazah yang menganggur manakala 10 peratus memperoleh
pekerjaan yang tidak memerlukan ijazah.Kajian ini melibatkan 11,000 siswazah
daripada 33 buah institusi pengajian tinggi United Kingdom,iaitu tiga setengah
tahun selepas menamatkan pengajian mereka pada tahun 1995.Kajian ini
menunjukkan bagaimana transisi daripada pendidikan tinggi kepada pasaran
pekerjaan berbeza-beza mengikut subjek,gender,umur,latar belakang,dan
pencapaian ijazah masing-masing.
Kajian ini juga mendapati
mereka yang menganggur selepas enam bulan memperoleh ijazah akan menghadapi
kesukaran pada masa hadapan.Dalam tempoh tiga setengah tahun mereka akan
menganggur lebih daripada satu tahun dan memperoleh pendapatan yang rendah pada
masa hadapan.Kajian juga menunjukkan selepas tiga tahun mendapat ijazah,90
peratus daripada mereka mendapat pekerjaan mengikut kelayakan mereka .
2.4
KESIMPULAN
Dengan mengkaji semula beberapa
faktor penentu utama yang mempengaruhi
kerjaya lepasan,adalah jelas bahawa terdapat faktor-faktor yang mrmberi kesan
secara langsung dan ada juga faktor-faktor yang member kesan secara tidak
langsung.Faktor-faktor ini termasuklah jantina,kaum,minat dan peluang yang
diberikan kepada lepasan terutamanya lepasan STPM dalam menentukan masa hadapan
dan kerjaya masing-masing.
BAB -3
METADOLOGI
|
BAB
-3
METADOLOGI.
KAEDAH
PENYELIDIKAN
3.1
Pendahuluan
Bab
ini menerangkan kaedah dan prosedur penyelidikan yang dijalankan.
Terdapat
sembilan perkara dibentangkan di bab 3 ini iaitu meliputi (a)
pendahuluan,
(b) reka bentuk penyelidikan, (c) populasi dan persampelan, (d) lokasi
penyelidikan dan batasan penyelidikan, (e) instrument penyelidikan, (f)
prosedur pengumpulan data, (g) analisis data, (h) rumusan,
3.2
Reka Bentuk Penyelidikan
Penyelidikan
ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif dan melibatkan
penggunaan
soal selidik untuk mendapatkan data. Menurut Mohd. Majid
Konting
(1993) kaedah tersebut merupakan pendekatan yang bersifat logik,
saintifik
dan khusus serta ukuran yang bersifat kuantitatif mudah diperolehi. Oleh kerana
sikap terhadap pelaksanaan penyelidikan kerjaya para pelajar Tingkatan 6
mempunyai kaitan dengan tingkah laku, maka kaedah tersebut bertepatan. Tambahan
pula penyelidikan ini bukanlah bertujuan membuat perbandingan atau mengkaji
perkaitan atau mencari sebarang keberkesanan. Soal selidik digunakan untuk
mendapatkan maklumat demografi dan menentukan sikap pelajar-pelajar Tingkatan 6
SMKK terhadap penyelidikan kerjaya selepas menamatkan STPM. Penyelidikan ini
dikendalikan dalam dua peringkat iaitu: (a) tinjauan awal, dan (b) penyelidikan
sebenar.
3.2.1
Tinjauan Awal
Tinjauan
awal dijalankan untuk mengumpul maklumat-maklumat asas tentang kerjaya para
pelajar Tingkatan 6 selepas menamatkan STPM. Dapatan digunakan untuk mentadbir
penyelidikan sebenar. Tinjauan awal juga dilakukan untuk mengenal pasti masalah
yang akan dihadapi untuk mentadbir penyelidikan sebenar dan membina soal selidik.
3.2.2
Penyelidikan Sebenar
Soal
selidik diedarkan kepada responden secara terus pada bulan Febuari
2012.
Penerangan yang lengkap diberikan kepada semua responden mengenai soal selidik
tersebut. Semua responden juga dimaklumkan bahawa penglibatan mereka adalah
secara sukarela dan semata-mata bertujuan untuk mendapatkan maklumat serta
tidak akan mendatangkan kesan terhadap diri mereka. Jawapan mereka akan
dirahsiakan dan tidak
akan
didedahkan secara individu tetapi dibentangkan dalam bentuk laporan.
3.3
Populasi dan Persampelan
Populasi
penyelidikan ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah
Kebangsaan Kamunting (SMKK). Seramai 44 orang pelajar Tingkatan 6 Atas dipilih
secara rawak sebagai sampel. Semua soal selidik yang diedarkan diterima dan
dibuat analisis.
3.4 Skop dan had Kajian
Penyelidikan
ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting (SMKK). Lokasi tersebut
dipilih memandangkan SMKK mempunyai pelajar-pelajar Tingkatan 6. Selain
itu,pemilihan SMKK sebagai lokasi juga memudahkan para penyelidik dari segi kos
dan logistik. Penyelidikan ini terbatas kepada aspek yang diselidiki dan
berpandukan soal selidik yang disediakan. Ia juga terbatas kepada sampel-sampel
yang dipilih sahaja. Namun, para penyelidik tidak dapat memastikan sejauh
manakah keikhlasan sampel-sampel dalam member respons kepada
pernyataan-pernyataan yang dikemukakan di dalam soal selidik yang
digunakan.
3.5
Instrumen Penyelidikan
Instrumen
yang digunakan untuk penyelidikan ini ialah soal selidik. Instrumen ini dibina
sendiri oleh para penyelidik berdasarkan contoh-contoh soal selidik yang pernah
digunakan untuk mengkaji sikap. Pengubahsuaian terhadap contoh-contoh soal
selidik dibuat agar ianya
menepati
objektif penyelidikan.Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu (a)
Bahagian 1: MaklumatDemografi dan (b) Bahagian 2: Faktor pendorong kerjaya para
pelajar tingkatan 6 selepas menamatkan STPM. Keseluruhan Bahagian 2 mengandungi
10 pernyataan yang merangkumi maklum balas terhadap faktor kerjaya para pelajar
tingkatan 6 SMKK iaitu faktor ibu bapa & keluarga, peribadi pelajar dan
minat pelajar. Secara terperinci, 5 pernyataan dikemukakan bagi faktor ibu bapa
& keluarga, dan 5 pernyataan bagi faktor peribadi pelajar dan minat
pelajar.
3.6
Prosedur Pengumpulan Data
Satu
kaedah pengumpulan data telah digunakan untuk penyelidikan ini iaitu
(a) soal selidik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen untuk
mendapatkan data dan seterusnya data yang diperolehi akan dianalisis.
3.7
Analisis Data
Maklumat-maklumat
mentah yang diperolehi melalui kaedah soal selidik dikumpul, dihitung dan
dianalisis menggunakan Microsoft Excel 2003. Maklumat untuk setiap faktor akan
diperolehi
dan seterusnya digunakan bagi menghasilkan graf-graf untuk menentukan tahap
sikap
responden terhadap penyelidikan kerjaya para pelajar Tingkatan 6 SMKK selepas
menamatkan STPM. Maklumat daripada graf melalui data yang dianalisis adalah
seperti berikut yang ditunjukan dalam jadual 3.1.
Jadual
3.1. Maklumat Data Faktor Kerjaya Para Pelajar Tingkatan 6 SMKK
Faktor
Ibu Bapa & Keluarga
Soalan
1 : 10 (YA) Dan 34 (TIDAK)
Soalan
2 : 31 (YA) Dan 13 (TIDAK)
Soalan
3 : 36 (YA) Dan 8 (TIDAK)
Soalan
4 : 42 (YA) Dan 2 (TIDAK)
Soalan
5 : 44 (YA) Dan 0 (TIDAK)
Faktor
Peribadi Pelajar & Minat Pelajar
Soalan
1 : 37 (YA) Dan 7 (TIDAK)
Soalan
2 : 18 (YA) Dan 26 (TIDAK)
Soalan
3 : 42 (YA) Dan 2 (TIDAK)
Soalan
4 : 40 (YA) Dan 4 (TIDAK)
Soalan
5 : 16 (YA) Dan 28 (TIDAK)
3.8
Rumusan
Bab
ini telah menjelaskan tentang keseluruhan kaedah penyelidikan. Tujuh
perkara
yang berkaitan dengan kaedah penyelidikan telah dibentangkan iaitu
reka
bentuk penyelidikan, populasi dan persampelan, lokasi penyelidikan batasan
penyelidikan, instrumen penyelidikan, prosedur pengumpulan data, dan analisis
data. Penganalisaan data yang dibuat dengan menggunakan perisian Microsoft
Excel 2003 dan dapatannya dibentang dalam
bab 4 berikutnya.
BAB 4
PENGANALISASIAN
DATA
&
KEPUTUSAN KAJIAN
|
BAB
-4
PENGANALISASIAN
DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1
Pengenalan
Bab 4 ini mengandungi dapatan-dapatan
responden terhadap kajian mengenai Kerjaya
Para Pelajar Selepas Tamat Pengajian
STPM. Maklum balas responden melalui soal selidik dikumpul dan dianalisis.Secara
amnya, hasil analisis dibentang dalam dua bahagian iaitu dapatan mengenai Latar
belakang dan faktor terbesar yang menjadi pendorong kerjaya pelajar tingkatan 6
selepas menamatkan STPM yang dikaji
iaitu ibu bapa dan keluarga, serta peribadi dan minat.
4.2 Latar Belakang Responden
Responden penyelidikan ini terdiri
daripada 44 orang pelajar Tingkatan 6 Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting
(SMKK). Dapatan-dapatan tentang latar
belakang responden menunjukkan 30% responden adalah pelajar lelaki dan 70% adalah
pelajar perempuan. Kesemuanya (100%) terdiri daripada pelajar aliran kemanusiaan,
berbagai bangsa yang sedang menduduki STPM.
KEPUTUSAN KAJIAN
4.3 Analisis Statistik
Analisis statistik dibuat
untuk menentukan tahap faktor. Analisis adalah berdasarkan respons yang diberi
.Mengikut faktor yang telah diberi iaitu ibu bapa dan keluarga serta peribadi
dan minat.Analisis statistik kajian ditunjukkan dalam jadual dan graf dibawah .
DATA
KESELURUHAN MENGIKUT JANTINA
BAHAGIAN
A : IBU BAPA DAN KELUARGA
JANTINA
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
YA
|
62
|
101
|
TIDAK
|
18
|
39
|
JUMLAH
|
80
|
140
|
DATA
KESELURUHAN MENGIKUT JANTINA
BAHAGIAN
B : PERIBADI DAN MINAT DIRI
JANTINA
|
LELAKI
|
PEREMPUAN
|
YA
|
59
|
94
|
TIDAK
|
21
|
46
|
JUMLAH
|
80
|
140
|
PERBEZAAN
DATA MENGIKUT JANTINA
BAHAGIAN
A : IBU BAPA DAN KELUARGA
LELAKI
No.
soalan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
JUMLAH
|
YA
|
5
|
14
|
11
|
16
|
16
|
62
|
TIDAK
|
11
|
2
|
5
|
0
|
0
|
18
|
JUMLAH BESAR 80
|
BAHAGIAN
A : IBU BAPA DAN KELUARGA
PEREMPUAN
No.
soalan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
JUMLAH
|
YA
|
5
|
17
|
25
|
26
|
28
|
101
|
TIDAK
|
23
|
11
|
3
|
2
|
0
|
39
|
JUMLAH BESAR 140
|
PERBEZAAN
DATA MENGIKUT JANTINA BAHAGIAN
B : PERIBADI DAN MINAT DIRI
LELAKI
No.
soalan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
JUMLAH
|
YA
|
13
|
8
|
16
|
15
|
7
|
59
|
TIDAK
|
3
|
8
|
0
|
1
|
9
|
21
|
JUMLAH BESAR 80
|
BAHAGIAN
B : PERIBADI DAN MINAT DIRI
PEREMPUAN
No.
soalan
|
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
JUMLAH
|
YA
|
24
|
10
|
26
|
25
|
9
|
94
|
TIDAK
|
4
|
18
|
2
|
3
|
19
|
46
|
JUMLAH BESAR 140
|
BAHAGIAN
A: PELAJAR LELAKI
BAHAGIAN
A: PELAJAR PEREMPUAN
BAHAGIAN
B ; PELAJAR LELAKI
BAHAGIAN
B: PELAJAR PEREMPUAN
4.4 RUMUSAN
Bab 4 ini telah
mengemukakan dapatan-dapatan penyelidikan yang berkaitan dengan responden.
Semua dapatan yang dikumpul secara kuantitatif yang berkaitan dengan persoalan penyelidikan
telah dikemukakan.Seterusnya rumusan keseluruhan kajian akan dibincangkan selanjutnya dalam bab 5.
PERBINCANGAN
DAN
CADANGAN
|
BAB 5
|
BAB
5
PERBINCANGAN
DAN CADANGAN
5.1
PENDAHULUAN
Bab ini
akan membincangkan ,merumus keseluruhan data dan juga maklumat yang telah dianalisis dan dikaji di dalam bab
4 .Beberapa rumusan dan kesimpulan turut dikemukan .Tambahan lagi dalam kajian
ini turut dibentangkan ialah implikasi hasil penyelidikan serta cadangan untuk
meningkatkan mutu penyedilikan pada masa depan .
5.2
PERBINCANGAN HASIL PENYELIDIKAN
Analisis dapatan penyelidikan bertujuan untuk menentukan
sejauhmanakah kerjaya mengpengaruhi
jantina para pelajar SMK Kamunting , terhadap perlaksanan kerjaya
pelajar tingkatan 6 selepas menamatkan pengajian di STPM melalui dua faktor
iaitu ibu bapa dan peribadi dan minat diri . Graf telah digunakan sebagai skor
untuk menentukan tahap kerjaya pelajar berdasarkan jumlah keputusan yang telah dibuat
.Berdasarkan analisis yang dibuat
,dapatlah dirumuskan bahawa didapati pelajar perempuan tingkatan 6 lebih
mengpengaruhi aspek ibu bapa dan peribadi & minat diri dalam menentukan
kerjaya mereka selepas menamatkan pelajaran di peringkat STPM.Ini jelas
dibuktikan melalui jumlah pelajar perempuan dalam kedua -dua aspek yang
menunjukkan jumlah yang tinggi berbanding dengan pelajar lelaki
Berdasarkan rumusan -rumusan
tersebut ,secara amnya didapati bahawa penyelidikan yang dilakukan ini telah
berupaya memberi gambaran tentang kerjaya para pelajar tingkatan 6 selepas
menamatkan pengajiannya di peringkat STPM .Oleh yang demikian , para penyelidik
berpendapat bahawa penyelidikan ini telah berhasil memenuhi tujuan penyelidikan
yang dijalankan
5.3 IMPLIKASI PENYELIDIKAN
Secara amnya ,apa yang dibentangkan dalam
penyelidikan ini mempunyai kesan terhadap penyelidikan terhadap kerjaya para
pelajar pada masa hadapan khusus dalam tingkatan 6 selepas menamatkan
pengajiannya iaitu STPM. Jumlah yang tinggi ditunjukkan oleh pelajar perempuan
tidak bermakna tidak wujud halangan terhadap perlaksanaannya dan jumlah yang
rendah tidak bermakna pelajar lelaki tidak mengambil serius mengenai kerjaya
mereka ini tetapi sebaliknya dimana
keadaan yang memaksa mereka dalam pembuatan kerjaya mereka .Oleh itu para
pelajar tingkatan 6 haruslah didorong dan digalakkan untuk menjadikan kerjaya
yang ingin dicapai sebagai matlamat utama .Justeru pendedahan yang lebih luas
harus dilakukan iaitu melalui kursus ,bengkel atau seminar .
5.4
CADANGAN PENYELIDIKAN LANJUTAN
Penyelidikan ini mendapati bahawa terdapat beberapa
kelemahan dan batasan yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan lagi .Untuk tujuan
tersebut ,beberapa cadangan telah dikemukan untuk membantu meningkatkan mutu
serta keunggulan penyelidikan yang akan datang .Berikut merupakan
cadangan-cadangan tersebut :
i. Bilangan responden ditambah dan
skop penyelidikan diperluaskan supaya dapatan
penyelidikan mempunyai tahap kesahihan
dan kebolehpercayaan yang lebih tinggi serta signifikannya .
ii
Penyelidikan ini juga sepatutnya dijalankan ke atas para pelajar tingkatan 6
di sekolah lain yang mempunyai aliran
yang berbeza seperti aliran sains mahupun aliran agama (STAM) agar gambaran
yang lebih menyeluruh dapat diperolehi .
iii
Selain itu juga analisa statistik yang lebih teperinci dengan menggunakan
perisian khusus seperti perisian Statistical Package For The Science Sosial
atau lebih dikenali sebagai SSPS haruslah digunakan agar kewibawaan dapatan
penyelidikan dapat ditingkatkan lagi.
5.5
RUMUSAN
Kerjaya
para pelajar tingkatan 6 selepas tamat pengajian adalah sangat penting untuk
memastikan masa hadapan para pelajar terjamin sekaligus dapat melahirkan para
pelajar yang setanding dengan pelajar -pelajar yang melanjutkan pelajarannya di
peringkat antarabangsa . Dalam perkembangan berkaitan ,para pelajar haruslah
menentukan masa hadapan mereka supaya mereka masa depan mereka terjamin
disamping memperolehi matlamat yang jelas dalam memilih kerjaya yang
sepatutunya .Tambahan lagi sikap pelajar
yang positif atau negatif terhadap pelajaran
menjadi penentu keberkesanan dalam memilih kerjaya pelajar tingkatan 6
selepas menamatkan pengajiannya di peringkat STPM.Walaupun tidak menyeluruh
,hasil daripada penyelidikan ini sekurang -kurangnya dapat memberi gambaran
awal untuk memberi pendedahan awal terhadap kerjaya para pelajar tingakatan 6
selepas tamat pengajian di sekolah .Hasil analisa dapatan penyelidikan ini juga
boleh digunakan oleh pihak -pihak tertentu untuk membuat perancangan yang lebih
komprehensif agar penyelidikan dapat dipertingkatkan dengan
jayanya .
LAMPIRAN
|
INSTRUMEN PENYELIDIKAN
SOAL SELIDIK MENGENAI KERJAYA PARA
PELAJAR TINGKATAN 6 SELEPAS MENAMATKAN STPM
Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting,
34600 Kamunting,
Perak Darul Ridzuan.
Saudara/Saudari,
Soal
Selidik Mengenai Kerjaya Pelajar Tingkatan 6 Selepas Menamatkan STPM.
Terlebih dahulu saya
ingin merakam kan jutaan terima kasih kepada pihak saudara/saudari yang sudi
meluangkan masa dan menjadi responden dalam menyiapkan penyelidikan ini. Tujuan
penyelidikan ini adalah untuk mengetahui faktor yang utama dalam mendorong para
pelajar tingkatan 6 memilih kerjaya selepas menamatkan STPM.
2) Kejayaan
penyelidikan bergantung kepada ketepatan maklumat yang diberikan oleh
saudara/saudari. Oleh yang demikian kerjasama dari pihak saudara/saudari untuk
memberi respon yang ikhlas dan jujur amat diharapkan. Semua maklumat yang
diberi akan dirahsiakan dan hanya digunakan untuk akademik semata mata.
Kerjasama
saudara/saudari amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.
Yang Benar,
MUHAMMAD AZHAM BIN NOOR
AZMI (930509-08-5619)
AFY MUHAIMIN BIN
ROSELAN (930916-07-5813)
NORSOBAH BINTI SHUIB
(930824-08-6478)
NUR FAATIHAH BINTI
ABDUL RAHIM (930715-08-6364)
NUR INSYIRAH BINTI
JAAFAR (930703-12-6314)
SOAL SELIDIK MENGENAI KERJAYA
PELAJAR TINGKATAN 6 SELEPAS STPM
BAHAGIAN 1 : MAKLUMAT
DEMOGRAFI
Sila respon kepada
semua item dengan menanda pada kurungan yang berkaitan.
1) Umur :
2)
Jantina
: Lelaki ( )
Perempuan ( )
3)
Bangsa
: Melayu ( )
India ( ) Cina ( )
Lain-lain ( )
4)
Tempat
tinggal : Bandar
( ) Luar bandar ( )
5)
Adakah
anda sedang menuntut di tingkatan 6?
Ya (
) Tidak( )
BAHAGIAN 2 : FAKTOR PENDORONG KERJAYA PELAJAR
TINGKATAN 6 SELEPAS MENAMATKAN STPM.
Soal selidik ini mengandungi dua bahagian yang
mewakili dua factor pendorong yang berbeza iaitu ibu bapa dan keluarga serta
peribadi dan minat. Selepas membaca semua penyataan, sila tandakan jawapan pada
ruangan yang disediakan.
FAKTOR
YANG MENENTUKAN KERJAYA PELAJAR TINGKATAN 6 SELEPAS MENAMATKAN STPM
IBU
BAPA DAN KELUARGA
1)
Adakah ibu bapa dan keluarga anda
yang menentukan kerjaya anda selepas STPM
YA( )
TIDAK( )
2)
Adakah anda memilih kerjaya ini
kerana terpikat dengan corak kehidupan ahli keluarga yang berjaya dalam bidang
tersebut?
YA( ) TIDAK( )
3)
Adakah anda memilih kerjaya anda
kerana ingin menambah variasi kerjaya dalam keluarga?
YA( ) TIDAK( )
4)
Adakah anda memilih kerjaya kerana
kesedaran anda untuk membantu keluarga anda dari aspek kewangan?
YA( ) TIDAK ( )
5)
Adakah kerjaya yang anda pilih menjamin
masa depan anda dan keluarga?
YA( ) TIDAK( )
PERIBADI
DAN MINAT DIRI
1)
Adakah kursus yang di tawarkan
menepati minat anda dengan kerjaya tersebut?
YA( ) TIDAK( )
2)
Adakah kerjaya yang dipilih kerana
kejayaan keluarga dalam bidang sesebuah kerjaya telah melahirkan minat anda
untuk menceburi kerjaya yang sama?
YA( ) TIDAK( )
3)
Adakah kerana anda ingin
membuktikan bahawa lulusan STPM juga akan mendapat kerjaya yang standing dengan
lepasan IPTA dan IPTS?
YA( ) TIDAK( )
4)
Adakah kerana minat anda terhadap
sesebuah kursus menjadi pendorong utama kearah kerjaya tersebut?
YA( ) TIDAK( )
5)
Adakah anda memilih kerjaya anda
kerana rasa tanggungjawab anda kepada diri anda sendiri sahaja?
YA( ) TIDAK( )
bIBiLioGrAfI
|
BIBILIOGRAFI
1) Maksud
kerjaya
Kamus Dewan Edisi
Ketiga - Edisi ketiga Cetakan ke -7 2002
Dewan Bahasa dan
Pustaka ,Kuala Lumpur 2002 (m/s 656)
2) Kerjaya
dan Pelajar
Kamus Zaman ( Siti
Nordinar Ismail dan Muhd Mansur Abdullah ,Ba Hons )
Cetakan semula 2007 m/s
292
3) Remaja
dan kerjaya serta pendidikan
Tony Kryger (1999) yang
melakukan kajian di Australia bertajuk “ The Risk of
Unemployment
4) Peratus siswazah -kajian oleh Institue of
Employment Research ,University Of
Warwick
5) Kerjaya
dan pelajar
6) Graduan
diminta tingkatkan kemahiran untuk mencapai kejaya yang diingini
(Berita Harian 7 ogos
.2002 )
7) Malaysia
.1991
Rangka Rancangan Jangka
Panjang ke -2(RRJP2) (1991-2000) ,Kuala
Lumpur ,Jabatan Pencetakan Negara
8) Malaysia
.2001 Rangka Jangka Panjang Ke- 3 (RRJP3) (2001-2010) Kuala Lumpur , Pencetakan Nasional
9) Kadar penganguran di IPTA:
Kajian yang dijalankan
oleh Rohani Jani pada tahun 2001 di Universiti Teknologi Mara (UITM).
Kajian yang dijalankan
oleh Nor Hslina Hassan , Mohd yahya ,Mardina pada tahun 2005,
10) Mohd
Yahya Mohamed Ariffin dan Roseliza murni Abdul Rahman ,2002,
Melangkah ke dunia pekerjaan
Kuala Lumpur ,
Utusan Publications and Distributions
11) 94%
Pengangur IPT Melayu - PM-S Mei
Mingguan Malaysia .2002 .
12) Graduan diminta tingkat kemahiran
Berita Harian .7 ogos 2002
13) Kelulusan antara punca sukkar mendapat kerja
Berita Harian 17 September 2004
14) News straits Times .2002-14 julai
Graduates with the edge .
15) Apakah itu Kerjaya
16) Kerjaya dan masa depan
No comments:
Post a Comment
~ JUST LEAVE UR KOMEN PLIZ.. ~